Saturday 19 November 2016

PAKAIAN TRADISIONAL KADAZAN SABAH



PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN DI SABAH


Kadazan.



Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelaki akan memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakaian kepala yang disebut siga. Perempuan akan memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.


Baju tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju fabrik baldu hitam berhias renda kuning keemasan. Lelaki memakai pakaian kepala sigal dari kain destar dan wanita memakai siung dari anyaman buluh halus bermotifkan geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri gelang tangan dan tali pinggang syiling perak.

Image result for pakaian kadazan lelaki
Pakaian Lelaki Kadazan Sabah


Image result for pakaian kadazan dusun

                                                        Pakaian Perempuan Kadazan Sabah.




PAKAIAN TRADISONAL DI SARAWAK


PAKAIAN TRADISIONAL DI SARAWAK 

1. Murut.


Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai. Orang Murut adalah sebuah kumpulan etnik pribumi yang mendiami wilayah utara pedalaman Kalimantan. Sebahagian besar masyarakat Murut adalah di pedalaman barat daya Sabah, Malaysia timur, khususnya daerah Keningau, Tenom dan Nabawan Pensiangan, sepanjang Sapulut dan Sungai Padas.

                                                     Pakaian tradisional kaum Murut.




Seterusnya,saya akan bercerita pula tentang masyarakat di Sarawak. Disarawak juga terdapat pelbagai kaum yang unik dan menarik pada pakaian tradisionalnya dan banyak lagi.



2.Orang Iban.



Orang Iban merupakan kaum yang paling utama di Sarawak. Pakaian Iban dipilih untuk dipakai bagi Ratu Pesta Menuai Sarawak. Bagi pakaian istiadat suku kaum Iban, lelaki akan memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik atau jaket tenunan motif Iban dan sirat atau cawat dari kain tenun kasar dan puncanya dihiasi tenunan bercorak. Mereka juga mengenakan ikat kepala dari kain tenun dan tali pinggang perak. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi. Wanita juga memakai skirt atau bidang tenun Pua. Bahagian atas memakai baju kecil atau kemban dan dilindungi dengan marek empang dari manik. Hiasan diri sarat barangan perak seperti tali pinggang, rawai dan sudu tinggi





Pakaian tradisional lelaki iban



Pakaian tradisional iban perrempuan

                                                  











3.Bidayuh.



Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang. Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak.




Pakaian tradisional lelaki bidayuh

Pakaian tradisonal prempuan bidayuh
                                             Pakaian tradisional Orang Bidayuh.




PAKAIAN TRDISIONAL KAUM CINA

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA

Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.

Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragamhias benang emas dan perak.

Kaum Cina merupakan kaum yang terdiri daripada pelbagai adat resam dan kepercayaan yang tersendiri. Kaum Cina juga mempunyai pakaian tradisional mereka yang dipanggil cheongsam ( perempuan ), Sam Fu ( lelaki ). Masyarakat Cina menggunakan kain yang berwarna merah bagi upacara atau perayaan yang diraikan dengan gembira. Ini kerana mereka bertanggapan bahawa warna merah membawa tuah. Manakala mereka menggunakan warna putih dam hitam bagi menunjukkan duka ataupun keadaan yang tidak baik. 


1.PAKAIAN TRADISIONAL  KAUM LELAKI

Image result for samfu
Samfoo
 


 

SAMFOO
Samfoo adalah baju pendek yang biasanya dipadankan dengan seluar.
Pakaian ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan cina.
Lazimnya samfoo diperbuat daripada fabrik satin cina dan ditenun dengan motif-motif tertentu.


Image result for donnie yen ip man
Jubah Labuh



JUBAH LABUH
Jubah labuh dipakai oleh kaum lelaki cina.
Pakaian ini sesuai digunakan dalam majlis dan upacara tertentu.
Kebanyakan jubah labuh masih dihasilkan di China.



2. PAKAIAN TRADISIONAL KAUM PEREMPUAN

Baju Cheongsam

CHEONGSAM
Pakaian tradisional bagi kaum cina perempuan ialah cheongsam.
Cheongsam ialah baju panjang selesa dan anggun.
Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain.
Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan jenis kain lembut.

SUMBER : CIKGU RAZLINA

pakaian tradisional kaum India


PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM PEREMPUAN

23
Sari yang dipakai dengan kain sari
Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.
Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga popular di kalangan wanita di utara India, terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya. Wanita India juga gemar memakai dupatta di bahu mereka ketika memakai salwar kameez.





PAKAIAN TRADISIONAL KAUM LELAKI



kurta-pajama (5)
Kurta
      








Gents-Sherwani
Kurta yang dipakai dengan dhoti
Kurta pula merupakan pakaian tradisional bagi lelaki kaum india. Kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera. Kurta ini pada kebiasaanya akan dipakai bersama salwar longgar,seluar longgar atau seluar churid.
Kurta pijama adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pijama dimana kurta pijama ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi. Kurta ini juga boleh dipakai bersama dhoti. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki.


SUMBER : KEBUDAYAANINDIA







Monday 14 November 2016



Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk. Maka tidak hairanlah pelbagai jenis pakaian tradisional yang terdapat di Malaysia mengikut suku kaum masing-masing. Baju melayu dan baju kurung merupakan baju tradisional orang Melayu. tidak lupa juga baju kebaya merupakan baju trdaisional bagi kaum hawa Melayu.

PAKAIAN TRADISONAL  LELAKI MELAYU

Image result for baju melayu tradisional
Baju Melayu cekak musang
 Melayu merupakan satu panggilan bagi baju tradisional Melayu yang biasa di pakai oleh golongan lelaki di Malaysia dan negara serantau. Ia biasanya terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang. 

Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.

Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil potongan Cina. Di mana lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju.Iaitu secara di sambung terus atau di jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek.

Baju Melayu teluk belanga




Cara memakai baju juga terdapat perbezaan dimana bagi baju Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju, manakala baju Melayu Cekak Musang baju di dalam 
sampin.


PAKAIAN TRADISIONAL  PEREMPUAN  MELAYU 

Image result for baju kurung traditionalBaju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.


                                                     Baju kurung Pahang

 

Image result for baju kebaya traditional
Baju kebaya 
    Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.




Image result for baju kebaya traditional
Baju kebaya 
Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak.
Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain.Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.
Baju kebaya sesuai untuk pakaian harian dan juga pakaian pengantin. Bagi pakaian harian, baju kebaya sesuai diperbuat daripada kain kapas dan baldu atau sutera (bagi yang berada) dan dipadankan dengan kain sarung. Selendang hanya dikenakan apabila keluar rumah. Bagi pengantin pula, baju kebayanya diperbuat daripada songket dan sepasang dengan kain sarungnya. Selendangnya juga diperbuat daripada songket.

 SUMBER:WENDY THRN CHEE